CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 7, 2008

Lima elemen yang mampu membuatkan cinta itu berkekalan dan disudahi dengan ikatan perkahwinan

Antaranya ialah:


Cinta pada Allah

Ketika sedang hangat dilamun cinta, sedarilah kita pada hakikatnya di manakah lahirnya erti sebuah cinta. Setiap insan perlu mencintai Allah dan mensyukuri nikmati yang diberikan. Tanamkan dalam hati, 'Aku cinta Allah'. Niat yang betul pasti akan dimakbulkan oleh-Nya.


Cinta pada Nabi

Pelengkap kehidupan adalah cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Ibarat cinta pada sebuah kereta, tetapi tayarnya tidak. Apakah yang akan timbul sekiranya cinta yang dilahirkan bukan secara keseluruhan dan tiada keikhlasan?


Cinta kepada ibu dan ayah

Kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya. Sama ada yang masih hidup mahupun telah kembali kepada-Nya, tanamkan rasa cinta kepada ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah membawa sinar kebahagiaan sepanjang hayat. Jadi, hubungan cinta mesti mendapat keredaan daripada mereka.


Cinta kepada guru

Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk kebahagiaan orang lain. Besar nyala api, besar lagi ilmu yang diberikan. Sekiranya memperoleh ilmu, maka kita tidak akan sesekali mempersiakan kehidupan yang mencabar sehingga boleh mencetuskan perbuatan yang terkutuk dan dilarang agama. Peranan seorang guru mempunyai persamaan seperti seorang ibu.


BERFIKIR sebelum melakukan perkara yang membatasi perhubungan.



Cinta pada diri sendiri

Sayangilah diri anda seperti mana anda menyintai ibu dan ayah. Jangan sesekali menganiaya diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan separuh kehidupan, akibat dinodai perasaan cinta yang mendalam dari insan bergelar kekasih.

Tanya pada diri sama ada bersedia ataupun tidak dengan cinta pasangan itu.

Menurut Tuah, lima elemen di atas memberi impak mendalam pada diri sendiri dan ia berkesan membentuk sebuah perhubungan cinta ke arah yang lebih positif dan berpendirian.